Pengertian fitrah
Agama fitrah yang dimaksudkan dalam ilmu tauhid ialah
"Agama Allah" iaitu agama yang Allah menciptakan manusia semula
jadinya untuk menerimnaya selaku agama yang betul / benar. Allah memerintahkan
Nabi Muhammad s.a.w dan pengikutnya menerima kebenaran agamanya (Agama Islam)
tanpa membuat sebarang perubahan dan pindaan. Firman Allah dalam surah ar-rum
ayat 30 yang bermaksud :
" Maka hadapkanlah dirimu ( wahai Muhammad dan
pengikut-pengikut mu) ke arah agama yang jauh dari kesesatan, ( turunlah terus
) "Agama Allah" iaitu agama yang Allah menciptakan manusia ( dengan
keadaan bersedia dari semula jadinya lagi ) untuk menerimanya, tidaklah patuh pada
sebarang perubahan ( janganlah kamu mengubah agama Allah yang berdasarkan
tauhid kepada sebarang perbuatan syirik), itulah agama yang betul lurus, tetapi
kebanyakan manusia tidak mengetahui ".
Fitrah Manusia Perlu Kepada Agama
Menurut fitrah, manusia semula jadinya memerlukan kepada
agama iaitu agama Allah ( agama Islam ) kerana agama islam adalah agama yang
menyelamatkan manusia dari penyembahan berhala kepada penyembahan tuhan yang
maha esa yang berdasarkan tauhid.
Jesteru itu Allah menggesa orang-orang yang beriman
menjadikan agama islam pegangan hidup mereka selaku agama samawi yang direstui
dan diredhai Allah. Firman Allah dalam surah al-baqarah ayat 208 yang bermaksud
:
" Wahai orang-orang yang beriman! masuklah kamu kedalam
agama islam ( dengan mematuhi ) segala hukum-hukumnya".
Seseorang manusia yang mengganut agama selain daripada agama
islam, tidak diterima dan tidak diperakui selaku orang yang hidup dalam agama.
Firman Allah s.w.t dalam surah ali-imran ayat 85 yang bermaksud :
" Dan sesiapa yang mencari agama selain agama islam ,
maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari
orang-orang yang rugi “.
Kita selaku orang-orang yang beriman dalam hidup dan
kehidupan kita sehari-hari memerlukan kepada agama yang sebenar (agama islam)
kerana manusia yang hidup dalam agama islam adalah sebaik-baik umat yang
dilahirkan untuk faedah umat manusia seluruhnya. Firman Allah s.w.t dalam surah
ali-imran ayat 110 yang bermaksud :
“ Kamu ( wahai umat Muhammad ) adalah
sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, kerana kamu menyuruh
berbuat segala perkara yang baik-baik dan melarang daripada segala perkara yang
salah ( buruk dan keji ) , serta kamu pula beriman kepada Allah”.
Firman Allah s.w.t tersebut dengan jelas
menyatakan bahawa kemuliaan dan keistemewaan yang telah diberikan oleh Allah ta’ala
kepada umat Nabi Muhammad s.a.w
( orang-orang islam ) ialah selagi mereka tetap setia menjalankan tiga dasar
islam yang utama itu, iaitu menyuruh berbuat kebaikan dan melarang daripada
kejahatan serta beriman kepada Allah azza wa jalla.
Islam Sesuai Dengan
Fitrah Manusia
Islam adalah agama samawi yang diturunkan Allah sesuai dengan fitrah manusia yang meneyimbangkan jasmani dan rohani serta
dunia dan akhirat. Islam tidak hanya menyuruh umatnya beramal untuk akhirat
semata-mata dan berusaha untuk hidup di dunia sahaja. Malah, selaku umat islam
hendaklah menyeimbangkan tuntutan jasmani dan rohani dunia dan akhirat, iaitu
selepas mengerjakan sembahyang hendaklah pula mencari kehidupan untuk hidup
didunia. Firman Allah ta’ala dalam surah al-jumaah ayat 10 yang bermaksud :
“ Kemudian setelah setelah selesai mengerjakan
sembahyang, maka bertebranlah kamu dimuka bumi ( untuk menjalankan urusan
masing-masing ) , dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah,
serta ingatlah akan Allah banyak-banyak ( dalam semua keadaan ), supaya kamu
berjaya ( didunia dan diakhirat ) “.
Islam mengndungi bermacam-macam peraturan yang
ditujukan hanya kepada manusia, sesuai dengan fitrah manusia yang hidup
menempuh dua alam, iaitu alam dunia dan alam akhirat yang memerlukan
perseimbangaan hidup di dua alam itu. Firman Allah s.w.t dalam surah al-Qasas
ayat 77 yang bermaksud :
“ Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang
telah dikurniakan oleh Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat, dan janganlah engkau melupakan
bahagianmu (keperluan dan bekalanmu ) dari
dunia”.
Islam selaku agama fitrah menggesa manusia
berusaha mencari harta kekayaan yang telah dilimpahkan oleh Allah ta’ala dan
mengerjakan amal-amal kebajikan yang mendatangkan pahala dan mebawa keselamatan
dan kebahagiaan pada hari akhirat kelak tetapi jangnlah pula kebahgiaan dalam
dunia untuk merasai kesengangan hidup secra halal sebelum menikmati kesenangan
dan kebahagiaan yang kekal abadi di akhirat.
No comments:
Post a Comment