Thursday 17 October 2013

ISLAM AGAMA FITRAH



Pengertian fitrah 

Agama fitrah yang dimaksudkan dalam ilmu tauhid ialah "Agama Allah" iaitu agama yang Allah menciptakan manusia semula jadinya untuk menerimnaya selaku agama yang betul / benar. Allah memerintahkan Nabi Muhammad s.a.w dan pengikutnya menerima kebenaran agamanya (Agama Islam) tanpa membuat sebarang perubahan dan pindaan. Firman Allah dalam surah ar-rum ayat 30 yang bermaksud :

" Maka hadapkanlah dirimu ( wahai Muhammad dan pengikut-pengikut mu) ke arah agama yang jauh dari kesesatan, ( turunlah terus ) "Agama Allah" iaitu agama yang Allah menciptakan manusia ( dengan keadaan bersedia dari semula jadinya lagi ) untuk menerimanya, tidaklah patuh pada sebarang perubahan ( janganlah kamu mengubah agama Allah yang berdasarkan tauhid kepada sebarang perbuatan syirik), itulah agama yang betul lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui ".

Fitrah Manusia Perlu Kepada Agama

Menurut fitrah, manusia semula jadinya memerlukan kepada agama iaitu agama Allah ( agama Islam ) kerana agama islam adalah agama yang menyelamatkan manusia dari penyembahan berhala kepada penyembahan tuhan yang maha esa yang berdasarkan tauhid.

Jesteru itu Allah menggesa orang-orang yang beriman menjadikan agama islam pegangan hidup mereka selaku agama samawi yang direstui dan diredhai Allah. Firman Allah dalam surah al-baqarah ayat 208 yang bermaksud : 

" Wahai orang-orang yang beriman! masuklah kamu kedalam agama islam ( dengan mematuhi ) segala hukum-hukumnya".

Seseorang manusia yang mengganut agama selain daripada agama islam, tidak diterima dan tidak diperakui selaku orang yang hidup dalam agama. Firman Allah s.w.t dalam surah ali-imran ayat 85 yang bermaksud :

" Dan sesiapa yang mencari agama selain agama islam , maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi “.

Kita selaku orang-orang yang beriman dalam hidup dan kehidupan kita sehari-hari memerlukan kepada agama yang sebenar (agama islam) kerana manusia yang hidup dalam agama islam adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan untuk faedah umat manusia seluruhnya. Firman Allah s.w.t dalam surah ali-imran ayat 110 yang bermaksud :

“ Kamu ( wahai umat Muhammad ) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, kerana kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik-baik dan melarang daripada segala perkara yang salah ( buruk dan keji ) , serta kamu pula beriman kepada Allah”.   

Firman Allah s.w.t tersebut dengan jelas menyatakan bahawa kemuliaan dan keistemewaan yang telah diberikan oleh Allah ta’ala kepada umat Nabi Muhammad  s.a.w
( orang-orang islam ) ialah selagi mereka tetap setia menjalankan tiga dasar islam yang utama itu, iaitu menyuruh berbuat kebaikan dan melarang daripada kejahatan serta beriman kepada Allah azza wa jalla.


Islam Sesuai  Dengan Fitrah Manusia

Islam adalah agama samawi yang diturunkan Allah sesuai  dengan fitrah manusia  yang meneyimbangkan jasmani dan rohani serta dunia dan akhirat. Islam tidak hanya menyuruh umatnya beramal untuk akhirat semata-mata dan berusaha untuk hidup di dunia sahaja. Malah, selaku umat islam hendaklah menyeimbangkan tuntutan jasmani dan rohani dunia dan akhirat, iaitu selepas mengerjakan sembahyang hendaklah pula mencari kehidupan untuk hidup didunia. Firman Allah ta’ala dalam surah al-jumaah ayat 10 yang bermaksud :

“ Kemudian setelah setelah selesai mengerjakan sembahyang, maka bertebranlah kamu dimuka bumi ( untuk menjalankan urusan masing-masing ) , dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak ( dalam semua keadaan ), supaya kamu berjaya ( didunia dan diakhirat ) “.

Islam mengndungi bermacam-macam peraturan yang ditujukan hanya kepada manusia, sesuai dengan fitrah manusia yang hidup menempuh dua alam, iaitu alam dunia dan alam akhirat yang memerlukan perseimbangaan hidup di dua alam itu. Firman Allah s.w.t dalam surah al-Qasas ayat 77 yang bermaksud :

“ Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan oleh Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan  hari akhirat, dan janganlah engkau melupakan bahagianmu    (keperluan dan bekalanmu ) dari dunia”.


Islam selaku agama fitrah menggesa manusia berusaha mencari harta kekayaan yang telah dilimpahkan oleh Allah ta’ala dan mengerjakan amal-amal kebajikan yang mendatangkan pahala dan mebawa keselamatan dan kebahagiaan pada hari akhirat kelak tetapi jangnlah pula kebahgiaan dalam dunia untuk merasai kesengangan hidup secra halal sebelum menikmati kesenangan dan kebahagiaan yang kekal abadi di akhirat.